ikuti corotan peristiwa :
1st day :
bertolak dr UMp pukul 8 pagi dan tiba di kuala lipis jam 2 petang..bermula penyerahan peserta kepada keluarga angkat dan aktiviti malam adalah bermesra bersama keluarga angkat..
2nd day:
aktiviti bersama penduduk kg..antara aktiviti diadakan adalah senam robik ,futsal ,b. jaring, pameran2, karnival utk kanak2, derma darah, cabutan bertuah, mencari anak angkat dan mcm2 lagi la...
3rd day :
gotong royong membersihkan kawasan masjid,aktiviti menyembelih lembu dan persiapan memasak utk kenduri , pertandingan memancing dan malamnye adalah ceramah maal hijrah dan makan kenduri bersama penduduk kg..
lawatan bersama keluarga angkat ke agro tg gahai dimana terdapat penanaman nenas,getah dan sawit..petangnye adalah majlis penutup dan penyerahan kembali oleh keluarga angkat kepada UMp..
segar dari ladang nih..
apa yg ak blh katakan..pada mulanye mmg agk keberatan aku nk join aktiviti ni dan aku nk join pn lebih kepada utk mencukupkan jam kredit suksis aku..tp sebaliknye apa yg ak dpt adalah nilai yg lebih besar apabila mendapat sebuah keluarga angkat yg sgt mempunyai nilai2 kekeluargaan yg tinggi dimana diorang hidup sangat besederhana..apabila rakan2 lain bercerita mengenai keselesaan bersama keluarga angkat yg hidup agak senang.. itu bkn la sesuatu yg aku cari..tetapi kehidupan bersama adik beradik yg ramai dan cara hidup diorang itu yg aku rasa lebih perlukan..kalau nak merasa kesenangan baik aku duk kat rumah jer..aku senang dgn cara hidup anak2 diorang yg tak mendesak mak bapak diorang utk memiliki semua tu dan bersyukur dgn apa yg ade....