Sebulan dua ade kot dalam perkiraaan aku lamanye tak mencoret sepatah dua kata kat blog aku ni..skali dua ade la jugak aku bukak tu pun ecey cam nak tak nak jer aku tengok blog ni kot2 kaler oren die ade kurang ker tapi camtu la jugak rupenye..Orang kate idup segan mati tak mau?? nak dipadam sayup2 je hati kecik aku ni meronta2 supaya biarkan je la jadi arkib kalau ye pun..boleh jugak wat tatapan di hari tua nanti..barulah nama atok siber.!!haha
ok back to storyline balik, bulan puase ni ada baiknya untuk penjagaan kulit aku sebenarnya, tak payah la nak berkawad tengah2 panas..dah macam brader2 yg ikat bata dah rupe..bulan puase ni aktiviti rilek2 je cam ceramah dan hari ni aku telah pun mengikuti kem anjuran biro tatanegara. Nak kata kem pun tak jugak, ceramah la senang citer. Fuh dengar jer ceramah masing2 dah pikir ni tak lain tak bukan politik la ni. Ye, memang asalnye hati kecil aku dah pun meronta2 suruh aku jangan follow benda ni dan otak aku awal2 dah standby nak roadblock je kot2 ada anasir2 tak sihat nak pengaruh aku. Ye la budak baik macam aku ni memang senang nak dipengaruh.
Ok2, so start2 je ceramah oleh wakil BTN tu, hati aku lagi sekali berbisik ah!pakai songkok ni tak lain nak kaberline la ni.fuh! punya la itam x itam hati dan nurani aku..
First slide kitorang disajikan dengan tayangan video kes gaduh kat Indonesia barangkali kalau di tengok dari segi pemakaian pihak polis.Mau nye x loya tekak aku dibulan2 puase ni tengok dengan slamber je ade sorang member tu kopak kulit kepala kene libas dengan pedang samurai oleh geng mane tak pasti pulak aku.Polis pun memang cam tak berani je nak amik tindakan. Aku terbayang jap tengah2 aku kat megamall kuantan dengan niat nak berkarok tetiba nampak kejadian ni..........fuh.!mengucap panjang aku.
Next2, part lain pulak yang disentuh dalam ceramah ni pulak tak lain iaitu untuk ingat kan balik je kepatriotisme kite dan yang penting adalah kontrak sosial.Ye aku sedar benda ni sangat la penting sebab persetujuan ni adalah dari hati ke hati antara tiga kaum terbesar kat tanah melayu ni ketika dulu. Beberapa isu yang dimainkan sekarang ni mungkin adalah disebabkan kite lupe dengan benda2 ni termasuklah perlembagaan dan semua2 yang telah disetujui pada ketika dulu.
Risau jugak sebab perpaduan je la yang boleh menjamin keselamatan negara kita ni. Diibaratkan seperti kulit telur, luaran nampak solid je, tapi sebenarnya sangat2 senang nak retak dan yang kat luar dah standby jer dengan senjata bagai.
Banyak lagi mungkin yang dapat aku belajar dan dalam soal ni aku tolak tepi dulu isu politik jauh2 dan kalau ada yang bercakap tentang isu racist hatred ke hape, aku tak nak kate iye atau pun tidak tapi yang baik itu aku ambik dan yang keruh berlumpur berlumut pandai la kita nak tapis sendiri.Aku bukan budak kecik lagi.ceh.!perasan.
P/S : kecik2 dulu cikgu tanya, "camana awak kate awak ni patriotik?"."Ni saya ikat bendera kat beskal pastu gi round2 kampung".Slamber.
Monday, August 23, 2010
Racist
Monday, August 23, 2010
Labels:
BTN,
Hatred,
Kontrak Sosial,
Puasa,
Racist,
Suksis,
Suksis UMP
Subscribe to:
Posts (Atom)